Rizuwan86 eVolution !

ni citer pasal ape yg aku tau je laa

Cron Jobs

okeh untuk entry ni aku mulanya ada satu masalah yang mana
aku kena login Torn (torn city) setiap hari supaya aku tak kena kick oleh company TV yang menjadi job aku sekarang kat torn sana. first skali sebab aku taknak kena kick adalah sebab aku tak mahu job points aku sia-sia kat sana,dan yang kedua salary aku tu boleh cover Private Island yang aku duduk tu.. biasa nya director akan kick employee yang mana tak aktif iaitu status employee yang 3 bintang jika tak aktif lebih sehari dua.
Jadi untuk langkah berjaga-jaga dari kena kick, aku kena login torn ni stiap hari manually dengan masuk website torn dan key in username aku kat situ.. setiap hari..
ini bukan cerita nya (sorila menyimpang sikit) sebab bila pikir-pikir balik, nak cari cara mudah aku pun search la pakcik google kalau ada scheduler yang mana dalam coding php ni boleh buat sebab aku pikir kalau wordpress ni boleh schedule untuk post pada tarikh-tarikh yang ditetapkan , dia boleh buat..

Research punya research aku pun jumpa la satu solution yang mana diorang ni kata crontab ni boleh buat benda tu (haa ni laa topik sebenar nya untuk entri ni). Apa yang aku jumpa crontab ni merupakan scheduler untuk linux seperti juga Windows yang ada time schedule kat dalam control panel kat pc aku ni (windows), crontab pula ada lah untuk linux.

Then aku pun belek tool-tool kat cpanel kat hosting http://af7er.net aku tu.. dalam cpanel tu ada tool nama Cron Jobs.. so apa yang aku tengok function tool tu dia boleh buat schedule yang kita nak tapi mau kena ingat command linux la..

ok. direct to da point. Aku nak buat satu schedule yang boleh login akaun torn aku setiap hari (2x sehari) means setiap 12jam.

disebab kan login tu menggunakan form dan memerlukan method post, jadi wujudkan satu file bernama tornlogin.php (apa² nama pon boleh tapi .php)

dan paste code bawah ni ke dalam file tersebut:


$url = 'http://www.torn.com/authenticate.php'; //1
$params = "login=rizuwan&password=abc1234"; //2
$user_agent = "Mozilla/5.0 (compatible; MSIE 5.01; Windows NT 5.0)";
$ch = curl_init();
curl_setopt($ch, CURLOPT_POST,1);
curl_setopt($ch, CURLOPT_POSTFIELDS,$params);
curl_setopt($ch, CURLOPT_URL,$url);
curl_setopt($ch, CURLOPT_USERAGENT, $user_agent);
curl_setopt($ch, CURLOPT_RETURNTRANSFER,1);

$result=curl_exec ($ch);
curl_close ($ch);

echo "Results:
".$result;

1.php (just for test)
php Code:

print_r($_POST);


untuk sedikit info, line 1 bermaksud url file untuk form action tu buat(yang ni boleh dilihat melalui view source code) pada page torn punya login tu yang mana url tersebut akan proses dan validate akaun kita untuk login akaun Torn tu.

line 2 pulak merupakan data yang akan dihantar iaitu data login dan data password

"login=rizuwan&password=abc1234"

kat sini maknanya korang boleh bayangkan ada 2 input box dalam satu page tu yang mana input box pertama tu iaitu login aku isi rizuwan dan input box kedua lak (password) aku isi abc1234

jadi file tersebut siap namanya tornlogin.php aku pun upload ke hosting aku af7er.net tadi dan url dia will be http://af7er.net/tornlogin.php
bila file tersebut di access, coding php tu akan login akaun torn aku
cukup je setakat login sebab file tersebut fungsi nya untuk login berdasarkan code-code kat atas tu tadi..




the 2nd step pulak :

access tool yang bernama Cron Jobs kat dalam cpanel.. macam tadi aku kata nak access/login akaun torn aku 2x sehari bemakna keja2 schedule ni dilaksanakan setiap 12jam. jadi apa yang aku perlu set dalam Cron Jobs tersebut adalah dekat drop down menu Common Settings tu aku pilih Twice a day (0 0,12 * * *) yang mana 0,12 tu dia trigger pilih jam 00:00 (12 pagi) dan 12 tengah hari... pastu untuk commands pulak aku type

curl http://af7er.net/tornlogin.php


curl ni adalah arahan linux yang mana aku paham kat sini dia melayari (visit) url yang kita letak kat situ..

0,12 tu aku nak tuka jadi setiap 5 jam dia trigger.. so aku tuka jadi */5 untuk input hour tu..

okay selesai sahaja disitu, jadi aku tak perlu risau kalau TORN aku tak dilogin lebih dari sehari..

dan selagi aku meneruskan hosting ni, sampai bila-bila auto login ni berlaku.. huahuhaua

p/s: dalam kes ni IP yang login TORN tersebut adalah IP Hosting.. bukan ip aku..